Halaman
Sabtu, 20 November 2010
MANTAP SHOCK!!!!:VIDEO KANTOI AND KENE BELASAH
~video nie pasal isteri kene kantoi dgn suami and orang yg kantoi dgn isteri nie kene belasah teruk2 and apa yang aku leh katakan aku cukup sedih kat suami....isteri plak..adushhh,sedih tul lah,wat malu,,..lelaki yg kene pukul plak..padan muka...video nie rasa macam dari kedah coz aku dgr loghat org kedah(main sedap je wat penilaian sendir)hahaha.....so..korang layan lah..
MANTAP ADMIN:SORRYYY..

SPM
2010

waaaaaaa.......sedihnyer....lepas habis nie aku akan bergiat secara aktif..hahahaha
tapi mungkin malam nie aku akan post abis-abisan lah...hahaha
MANTAP MISTERI:Sapi menyebut nama ALLAH sebelum di sembelih
sumber:dari youtube..tetiba search je,,terjumpa..haha..sharing is caring...
MANTAP DIRI:PETUA2 DIRI
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
bagi yang MUSLIM:
1) rajin2 baca Al Quran, niat kerana Allah Taala.
2) rajin2 solat tahajud (bila bangun ambil wuduk, kembang wajah kita)
3) darah bekam di tanam
4) kuku yg dipotong, ditanam
5) bagi yg perempuan:sesudah makan, lambatkan meminum air. InsyALLAH... tahan muda.
Orang lelaki tak mengapa kerana lelaki makin tua, makin laku... :-)
SUMBER:SYOK.ORG
MANTAP INFO:FAKTA AGAMA ISLAM
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
SUMBER:SYOK.ORG
MANTAP MISTERI:Jerman cipta piring terbang pada 1940-an

LONDON - Saintis-saintis Jerman dalam era Perang Dunia Kedua pada tahun 1940-an yang bekerja untuk pemimpin negara itu, Adolf Hitler dipercayai telah mencipta pesawat piring terbang prototaip yang telah terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar itu memetik laporan majalah sains Jerman, PM yang melaporkan, beberapa saksi di London mengaku mereka pernah melihat sebuah piring terbang dengan lambang tentera Jerman terbang rendah melintasi sungai Thames di England pada 1944.
Menurut majalah itu, akhbar New York Times di Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan mengenai kehadiran sebuah piring terbang misteri dan turut menyiarkan gambar ia bergerak laju melintasi bangunan-bangunan di New York.
Projek membina piring terbang itu dinamakan skim Schriever-Habermohl dan berpangkalan di Prague manakala seorang juruteranya, Joseph Andreas Epp, menyatakan, sebanyak 15 piring terbang itu pernah dibina.
Dia menjelaskan kokpit piring terbang tersebut dikelilingi bilah-bilah sayap yang membentuk satu bulatan untuk memberikan daya angkatan.
Menurutnya, pihak Jerman telah memusnahkan sebahagian besar kertas kerja aktiviti mereka tetapi pada 1960 di Kanada, beberapa pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) menghasilkan semula pesawat tersebut dan ia didapati boleh terbang.
SUMBER:KOSMOS



